Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

48) TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Difahamkan ada berlaku beberapa kes tanah kerajaan negeri diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk tanah perkuburan baru yang belum digunakan. Apakah Pihak Berkuasa Negeri ataupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memagar kawasan perkuburan di Bukit Enggang (Berhampiran Kuari Sungai Long Ð Hulu Langat)?

    1. Berdasarkan rekod, tapak perkuburan berkenaan adalah seluas 75 ekar dan sedang dalam proses pewartaan tanah kubur dibawah kawalan Pengarah JAIS. Pihak JAIS dan PTD Hulu Langat telah membuat pemeriksaan dan mendapati bahawa tapak tersebut tidak terlibat dengan isu pencerobohan. Aktiviti pencurian pasir itu berlaku diatas tanah hakmilik individu dan telah diambil tindakan oleh PTD Hulu Langat. Pihak JAIS akan mengkaji dan memagar kawasan yang berpotensi untuk dimasuki oleh penceroboh sahaja memandangkan kos untuk memagar untuk keseluruhan tapak adalah

Lampiran

Tiada Lampiran.