Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

198) PELEBARAN JALAN UTAMA KAMPUNG PENDAMAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan menaiktaraf dan melebarkan jalan utama Kampung Pendamar yang semakin sesak dengan kenderaan berat seperti lori kontena demi keselamatan dan keselesaan penduduk setempat?

    Sehingga kini, pihak Jabatan tiada perancangan untuk menaiktaraf Jalan Utama Kampung Pendamar. Walaubagaimanapun Pihak JKR Negeri Selangor tiada halangan untuk melaksanakan kajian di jajaran tersebut untuk cadangan menaiktaraf.

     

    Untuk penyelesaian jangka masa pendek bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan penduduk, pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor sedang mengkaji keperluan untuk meningkatkan aspek keselamatan jalan di Jalan tersebut dalam cadangan permohonan peruntukan tahun 2020. Antara aspek keselamatan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:-

     

    1. Papan Tanda
    2. Tanda Jalan
    • Bonggol/ Jejantas Pejalan Kaki
    1. Lampu Isyarat/ Lampu Jalan
    2. Menaiktaraf Bahu Jalan
    3. Pembahagi/ Penghadang Jalan

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.