Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

204) TANAH PERKUBURAN ISLAM TAMAN MEDAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tapak Perkuburan Islam di PJS 3 dan PJS 4 bersebelahan Sg Kelang sedang dibina. 600 lot kubur tidak dapat dibina disebabkan tapak yang diwartakan merupakan laluan kabel bervoltan tinggi. Adakah lot yang tidak dapat dibina akan digantikan, di mana?

    Tapak Perkuburan Islam  Taman  Medan,  Mukim  Petaling,  Daerah  Petaling telah pun diluluskan pewartaan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada

    26 Februari 2015. Pentadbiran ini telah mengemukakan Permintaan Ukur kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor bagi tujuan mendapatkan Pelan Akui. Sebaik Pelan Akui diterima, satu draf gazet warta akan dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Selangor bagi tujuan pewartaan seterusnya mendapatkan nombor warta. Manakala bagi urusan  pembinaan 600 lot kubur pula, ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.