Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

43) TANAH PERKUBURAN PUSARA AMAN KAMPUNG MELAYU SUBANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan (jika ada) jangka masa panjang untuk memastikan bahawa masyarakat setempat mempunyai tanah yang mencukupi bagi urusan pengebumian?

    1. Kerajaan Negeri menyedari penyediaan kemudahan masyarakat terutamanya tanah perkuburan adalah merupakan satu cabaran bagi Negeri Selangor kerana kedapatan tanah yang terhad dan kesukaran untuk mendapatkan lokasi/tanah yang strategik bagi menempatkan kemudahan ini. Saiz lot tanah yang kecil juga telah menyukarkan penyediaan kemudahan ini.

     

    Secara keseluruhan Negeri Selangor memerlukan kawasan tanah perkuburan seluas lebih kurang 928.2 hektar sehingga akhir tahun 2035. Dianggarkan 607.04 hektar diperlukan bagi tanah perkuburan Islam dan 321.16 hektar bagi perkuburan selain Islam.

     

    Bagi merealisasikan penyediaan kemudahan tanah perkuburan ini, Pihak Berkuasa Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah menyediakan Rancangan Tempatan bagi setiap daerah. Di dalam setiap Rancangan Tempatan yang disediakan telah dikenalpasti keperluan dan lokasi bagi tapak-tapak perkuburan yang dimaksudkan. Pada masa yang sama, bagi setiap permohonan cadangan pemajuan telah disyaratkan untuk pemaju menyediakan tanah perkuburan berasaskan kepada piawaian perancangan yang diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perincian unjuran tanah perkuburan mengikut keperluan agama bagi tahun 2015 sehingga 2035 seperti jadual berikut:

     

     

     

    Pihak Kerajaan telah meluluskan tapak perkuburan Islam seluas 34.24 ekar di pembangunan Elmina Seksyen U16 Shah Alam iaitu bersebelahan dengan tapak perkuburan Pusara Aman Kg. Melayu Subang bagi menampung keperluan penduduk bagi jangka masa panjang. Walau bagaimanapun penggunaan tapak perkuburan Islam ini adalah di bawah pihak Jabatan Agama Islam Selangor.

     

    Sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertarikh 29 Oktober 2019.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.