Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

53) TANAH PERKUBURAN PUSARA AMAN – KAMPUNG MELAYU SUBANG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan untuk memastikan bahawa ruang tanah perkuburan tersebut mencukupi untuk tempoh akan datang ?

    Tapak kubur berkenaan dianggarkan masih boleh menempatkan sebanyak 1,000 plot kubur mengambil kira trend penggunaan plot semasa. Baki plot kubur berkenaan dijangka penuh sepenuhnya pada pertengahan tahun 2021.

    Bagi menyelesaikan perkara berkenaan, masyarakat Islam di sekitar kawasan Kg. Melayu Subang, Elmina dan sekitarnya boleh dikebumikan di satu tapak Perkuburan Islam Bersepadu yang terletak di Elmina seluas 30 ekar yang telah diserahkan oleh pemaju kepada Kerajaan Negeri untuk diwartakan. Pihak JAIS akan berbincang dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyelaraskan pengurusan tapak perkuburan Islam berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.