Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

190) TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tapak baru yang telah dikenalpasti untuk tanah perkuburan baru Islam dan Bukan Islam di Selangor?

    Pengenalpastian tapak-tapak perkuburan yang baharu hanya dapat dikenalpasti apabila sesuatu permohonan kebenaran merancang itu dikemukakan terutamanya yang melibatkan keluasan tapak cadangan pemajuan yang besar; melebihi 250 ekar seperti di cadangan pembangunan oleh Kwasa Land, Sime Darby Bukit Raja dan Setia Ecohills, Kajang. Merujuk kepada Manual Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Kedua), keperluan penyediaan tapak perkuburan ialah 1 hektar bagi setiap 5,000 janaan penduduk pada masa akan datang.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui JPBD Negeri Selangor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Daerah sedang mengemaskini maklumat-maklumat tapak-tapak perkuburan di setiap PBT dari masa ke semasa.

    Buat masa kini, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) Negeri Selangor telah mengenalpasti dua (2) tapak perkuburan yang baharu yang terletak di 2 buah PBT iaitu di Majlis Daerah Kuala Selangor (273 ekar) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (55 ekar). Ia merupakan tambahan kepada 3 tapak Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) yang telah dikenalpasti melalui Laporan Inventori Tanah

    Perkuburan dan Keperluan Perkuburan Negeri Sehingga 2060 di Negeri Selangor yang telah disediakan pada tahun 2010.

    Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Laporan Inventori Tanah Perkuburan ini telah mengenalpasti tiga (3) tapak perkuburan baharu yang berfungsi sebagai Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) seperti berikut:-

    LOKASI NO. LOT KELUASAN STATUS
    Mukim Sepang 5756 400 ekar Di dalam proses pengambilan tanah oleh

    pihak Kerajaan Negeri.

    RRIM, Mukim Sungai Buloh 2282 dan sebahagian lot 2804 74.13 ekar (Cadangan

    tapak perkuburan di bawah pentadbiran MBPJ adalah seluas 24.89 ekar dan MBSA

    seluas 50 ekar.)

    Pelan susunatur bagi keseluruhan tapak RRIM masih di peringkat kebenaran merancang.
    Mukim Hulu Semenyih 1172, 448, 1174,

    504, 648, 495,

    170, 547, 600,

    395, 449, 296,

    586, 722, 587,

    552, 540, 725,

    721, 588, 1690,

    872, 723, 1100,

    727, 726, 724,

    541, 302 dan

    728.

    168.74 ekar Masih dalam proses pengukuran tapak melalui penyeiaan pelan persempadanan.

Lampiran

Tiada Lampiran.