Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

47) TANAH PERTANIAN DI SUNGAI KELAMBU, KUALA LANGAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tanah rizab Hutan Simpanan Kuala Langat Selatan di kawasan Sungai Kelambu, Kuala Langat telah lama diguna untuk tujuan pertanian tanaman kontang, ubi dan sebagainya. Apakah rancangan Kerajaan untuk membenarkan aktiviti-aktiviti pertanian ini diteruskan?

    Kawasan yang dimaksudkan ialah Kompt.47, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang mana ianya telah lama diceroboh oleh penduduk sekitar untuk aktiviti tanaman kontan seperti jagung, halia, kunyit, ubi keledek dan ubi kayu. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sedang merangka program pemutihan ke atas kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang telah diceroboh itu. Maklumat mengenai sebahagian kawasan yang terlibat telah diperolehi. Program pemutihan ini akan dilaksanakan secara berperingkat melalui pendekatan kaedah perhutanan tani (Agro Forestry) dengan mengenakan permit penggunaan selaras dengan prosedur dan tatacara yang diperuntukan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 dan Kaedah-Kaedah Hutan Selangor 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.