Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

67) TANAH PERTANIAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sudi membuka tanah kerajaan kepada warga Selangor yang berminat dalam bidang pertanian dan ternakan?

    Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh penglibatan warga Selangor yang berminat dalam bidang pertanian dan ternakan melalui skim Ladang Smart Agro Selangor. Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang untuk menerima dan memproses permohonan pelupusan Tanah Kerajaan bagi tujuan pertanian.  Antara kaedah pelupusan yang dilaksanakan adalah melalui pemberimilikan bagi Tanah Kerajaan, pajakan tanah rizab dan pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara bagi tanah rizab yang masih belum digunakan bagi tujuan ianya dirizabkan.  Semua permohonan boleh dikemukakan di Pejabat Tanah Daerah.  Selain itu Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Kerajaan Negeri turut mengalualukan penglibatan warga Selangor yang berminat untuk memajukan tanah secara usaha sama bagi tujuan pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.