Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

126) TANAH PKNS DI KAMPUNG JAYA SETIA IJOK

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tanah ini terbiar. penduduk bimbang keadaan ini membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk. Apakah rancangan untuk membangunkan tanah tersebut?

     

    Status tanah PKNS di Kampung Jaya Setia Ijok adalah seperti berikut :

     

    Tanah seluas 32 ekar di Kampung Jaya Setia Ijok baru saja diberi kelulusan pemberimilikan rasmi kepada PKNS pada 06 Oktober 2015 dengan premium tanah berjumlah RM2.1 juta. PKNS kini dalam proses penyediaan bayaran premium kepada Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor.

     

    Buat masa ini PKNS sedang mengenalpasti jenis pembangunan yang sesuai ke atas tapak tersebut. Pada masa yang sama juga, PKNS sedang mengambil tindakan segera untuk membuat pembersihan dan memagar kawasan tersebut bagi mengelakkan bahaya keselamatan dan kesihatan penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.