Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

94) TANAH REVOLUSI HIJAU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Huraikan secara terperinci perancangan kerajaan negeri di kawasan terlibat untuk 5 tahun akan datang kerana masalah pembinaan kilang haram kian meruncing.

    Tanah tersebut mula diberimilik 1990an sebagai kawasan Revolusi hijau yang di zon untuk tujuan pertanian.  Kemudian pada mesyuarat MMKN bertarikh 24/7/2007 Bil 21/2007 permohonan tukar syarat dibekukan dan dikekalkan zon pertanian.

    Pengubahan Rancangan Tempatan MPK telah mengezonkan kawasan ini sebagai kawasan zon pertanian dengan aktiviti yang dibenarkan meliputi pertanian komersial, pertanian persendirian, Inap desa.  Kawasan lot bersebelahan jalan utama dibenarkan aktiviti pedagang.  Cadangan zoning adalah perniagaan seluas 64 ekar,  perumahan 963 ekar dan pertanian 3240 ekar.

    Selaras dengan tekanan dan keperluan pembangunan semasa, pihak MPK mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan sebagai pembangunan bercampur meliputi 3 konsep telah dikenal pasti iaitu ‘Mix Development, ‘Agro Base’, pusat pentadbiran atau institusi baru Walaubagaimanapun perancangan ini masih belum dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri.  Kerajaan Negeri akan meneliti semula perancangan yang dicadangkan oleh MPK.

    Secara amnya, kawasan Johan Setia merupakan tanah gambut, ia memerlukan pelaburan dari segi infrastruktur untuk menyediakannya bagi sebarang tujuan pembangunan.  Perkara ini perlu diperlu diperhalusi oleh Kerajaan Negeri dan MPK untuk memastikan pembangunan infrastruktur dapat disediakan untuk membangunkan kawasan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.