Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

71) TANAH RIGHT OF WAY (R.O.W)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tanah Right of Way (R.O.W) merupakan salah satu sumber hasil untuk Kerajaan Negeri Selangor. Adakah semua R.O.W untuk lebuhraya di Negeri Selangor telah digazetkan dan senaraikan R.OW yang telah digazetkan mengikut pecahan daerah bagi tahun 2001 hingga 2011.

    Tanggungjawab bagi memohon pewartaan R.O.W lebuh raya adalah terletak pada Lembaga Lebuh raya Malaysia, yang perlu dikemukakan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Hasil semakan, hanya terdapat satu pewartaan sahaja di bawah Seksyen 62(1)KTN untuk tujuan laluan keluar masuk iaitu di Mukim tanjung 12, Lot 45435, Daerah Kuala Langat, PA 144281, iaitu untuk tujuan keluar masuk dari tapak projek Malaysia Land ke KLIA Expressway dan dikawal oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Warta No.1193/2010)

Lampiran

Tiada Lampiran.