TANAH RIZAB MELAYU
28) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam memajukan Tanah Rizab Melayu?
Salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memajukan tanah Rizab Melayu ialah dengan memberi insentif pengurangan premium untuk tukar syarat tanah kepada perumahan atau perniagaan. Melalui Kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005) kadar premium yang dikenakan ialah 1/8 daripada nilaian semasa.
