Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

294) TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik jumlah tanah rizab Melayu dari tahun 2010-2015 di Selangor?

    Keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) sebelum 1957 (sebelum merdeka) yang telah diwartakan adalah sebanyak 384,236.12 ekar. Manakala, jumlah TRM yang telah diwartakan di Negeri Selangor sehingga 30 Jun 2016 adalah sebanyak 396,245.69 ekar. Ini menunjukkan pertambahan keluasan sebanyak 12,009.57 ekar.

     

    Mengikut rekod, jumlah TRM yang telah dibatalkan dari tahun 2010 hingga 2016 adalah sebanyak 133.016 ekar. Manakala, 1,530.345 ekar telah diisytiharkan (digantikan) sebagai TRM. Berikut adalah pecahan jumlah TRM mengikut tahun:

     

    Tahun TRM Batal (ekar) TRM Isytihar (ganti) (ekar)
    2010 9.945
    2011
    2012 50.311 59.195
    2013
    2014 5.705 5.705
    2015 77 77
    2016 1,378.5
    Jumlah 133.016 1,530.345

     

    Pada masa yang sama Kerajaan Negeri sedang dalam proses untuk mewartakan beberapa kawasan baharu TRM di Negeri Selangor. Antaranya, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan penggantian TRM di Daerah Gombak seluas 895 ekar bagi menggantikan pembatalan di Daerah Kuala Selangor dan Sepang. Manakala sebanyak 1.117 ekar bagi penambahan TRM di Daerah Gombak yang membawa jumlah keseluruhan keluasan TRM di Negeri Selangor adalah sebanyak 397,141.81 ekar. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kawasan TRM yang dibatal digantikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.