Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

174) TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor sehingga sekarang mengikut hakmilik, kategori kegunaan tanah dan daerah?

    Keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu di Selangor sehingga Mei 2014 adalah sebanyak 395,946.50 ekar. Daripada jumlah tersebut, seluas 11,453.828 ekar telah telah ditukar syarat dan dikeluarkan hakmilik (4,423 hakmilik). Pecahan hakmilik mengikut kategori kegunaan Tanah Rizab Melayu ini adalah seperti berikut:

     

     

    DAERAH

    KATEGORI TANAH  

    JUMLAH

    PERTANIAN BANGUNAN PERUSAHAAN TIADA
    Klang 1 1,284 2 122 1,409
    Kuala Langat 95 155 0 11 261
    Kuala Selangor 15 121 1 24 161
    Sabak Bernam 328 573 9 4 914
    Hulu Langat 8 79 0 18 105
    Hulu Selangor 6 17 0 13 36
    Petaling 0 1 0 0 1
    Gombak 1 339 13 0 353
    Sepang 13 1,154 1 15 1,183
    JUMLAH 467 3,723 26 207 4,423

    Sumber : Sistem Pengurusan Tanah Bersepadu (SPTB)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.