Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

117) TANAH RIZAB MELAYU DAERAH SABAK BERNAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa luas Tanah Rizab Melayu yang ditukar status kepada kaum lain?

    Bagi daerah Sabak Bernam, selepas merdeka keluasan Tanah Rizab Melayu yang ditukar status kepada kaum lain adalah sebanyak 193.151 ekar.

Lampiran

Tiada Lampiran.