Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

127) TANAH RIZAB MELAYU (TRM)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah menggantikan TRM yang digunakan seperti titah DYMM Sultan Selangor?

    a) dan b)

    Untuk makluman Y.B. Kota Damansara Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan penggantian keseluruhan tanah rizab Melayu yang dibatalkan. Di samping itu, PTG Selangor telah mengeluarkan Pekeliling PTGS Bil.3 Tahun 2015 mengenai garis panduan urusan pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu semasa pengambilan tanah bagi tujuan awam atau kemudahan awam bagi kegunaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor Darul Ehsan yang dikuatkuasakan pemakaiannya di Pejabat Tanah dan Daerah pada 20 Mei 2015 yang lalu.

     

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan penggantian tanah rizab Melayu ini yang dibatalkan bagi setiap Daerah secara keseluruhan. Maklumat mengenai lokasi tanah rizab Melayu yang dibatalkan dan diganti semula secara umumnya seperti berikut, saya akan serahkan secara terperinci kepada Y.B. namun, untuk makluman Y.B. tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan dan diganti mengikut daerah dari tahun 2001 hinggalah 2014 bagi Daerah Sabak Bernam Sejumlah 10 ekar, di Kuala Selangor 4.998 ekar, Sabak Bernam 4.998 ekar.

    Y.B. Tuan Speaker oleh kerana dia terlalu details mengikut tahun dan Daerah. Saya boleh serahkan kepada Y.B lah kerana listing nya panjang untuk dibacakan pada pagi ini. Kecuali diarahkan oleh Kota Damansara saya boleh bacalah keseluruhannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.