Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

29) TANAH RIZAB ORANG ASLI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan keluasan tanah rizab orang asli yang digazetkan sejak May 2013 sehingga sekarang? Senaraikan.

    a , b) dan c)

     

    Keluasan rizab Orang Asli yang terkini yang diukur adalah 300. Seluas 333.78 ekar ianya berada di daerah Hulu Selangor dan Kuala Langat. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui MMKN yang Ke 31/2015 pada 22 September 2015 secara dasarnya telah meluluskan permohonan pewartaan penempatan Orang Asli dan tindakan untuk proses pewartaan sedang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Sepang. Tanah Rizab tersebut seluas 210.257 ekar yang terdiri daripada tiga kampung Orang Asli di Daerah Sepang.

     

    Kerajaan Negeri Selangor juga melalui Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor berusaha dalam proses, peringkat proses untuk mendapatkan pelan pra-hitung tanah Orang Asli bagi tujuan pewartaan sebagai rizab Orang Asli. Anggaran masa untuk proses ini adalah daripada permulaan pemetaan komuniti dan pemetaan pelan pra-hitungan boleh mengambil masa sebanyak selama satu tahun. Antara kawasan-kawasan tersebut yang dalam proses untuk mendapat pelan pra-hitungan adalah seperti Kampung Orang Asli Pulau Banting, Kampung Orang Asli Kepau Laut.

     

    Kedua-duanya di Daerah Kuala Langat. Di Daerah Sepang adalah Kampung Orang Asli Jambu, Kampung Orang Asli Bukit Tampoi Tasek Seberang dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sungai Pelek dan jumlah kos yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk membuat pelan pra-hitungan adalah RM191,828.20. Lokasi-lokasi Kampung Orang Asli yang dalam tindakan untuk mendapat sebut harga bagi penyediaan pelan pra-hitungan adalah:-

    1. Kampung Orang Asli Sungai Kelubi
    2. Kampung Orang Asli Sungai Naning

     

    Kedua-duanya di Hulu Selangor dan juga di Hulu Langat respectively dengan izin dan Kampung Orang Asli Bukit Jenok dan Kampung Orang Asli Galor di Daerah Sepang.

     

    Jadi kita sedang tunggu sebut harga daripada syarikat-syarikat yang berkenaan dan soalan daripada Damansara Utama macam mana Kerajaan boleh mempercepatkan proses penggazetan tanah rizab Orang Asli sebenarnya prosesnya bukan senang dan bukan cepat ianya adalah satu proses di mana ada beberapa peringkat dan setakat ini KPI ataupun fokus target kita untuk menggazetkan beberapa kampung-kampung Orang Asli di Negeri Selangor adalah menepati masa yang dirancangkan.

     

    Dengan izin, Tuan Speaker, saya juga ingin menjawab soalan ini bersekali dengan soalan 252 daripada Yang Berhormat Jeram tentang Orang Asli juga, soalan pokoknya adalah berkenaan bantuan Kerajaan Negeri kepada Mualaf Orang Asli yang melalui MAIS pada tahun 2015 adalah seperti berikut:-

    1. Bantuan bina rumah, 48 bilangan rumah. Amaun yang dikeluarkan oleh MAIS adalah RM2.669

     

    1. Bantuan modal perniagaan berjumlah RM48.4 ribu. Maksudnya empat puluh lapan ribu empat ratus

     

    1. Bantuan pendidikan kepada 17 mahasiswa ataupun pelajar mualaf Orang Asli jumlahnya adalah RM104,200.00.

     

    Selain daripada itu terdapat pelbagai bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak MAIS kepada asnaf mualaf Selangor termasuk Orang Asli seperti bantuan bulanan sebanyak RM300.00 bagi individu mualaf berumur 18 tahun ke atas dan tambahan RM100.00 bagi setiap tanggungan Ketua Keluarga.

     

    Jumlah soalan kedua daripada Jeram adalah jumlah keluasan hasil pemetaan komuniti tanah adat Orang Asli untuk tahun ini adalah 3,779.33 ekar yang terdiri daripada kawasan penempatan Orang Asli dan juga kawasan rayau Orang Asli dan untuk tahun 2014 dan tahun 2015 kita telah adakan beberapa program ataupun projek pembangunan untuk dua-dua tahun ini kita fokus

     

    kepada satu projek yang dipanggil projek tanpa rumah. Maksudnya kita, bantu membina rumah baru yang dirosakkan kerana dirosakkan oleh bencana banjir ke, api dan sebagainya ataupun yang amat-amat miskin. Jadi jumlah unit yang dibina untuk tahun 2014 adalah 13 unit berjumlah RM257,000.00 dan untuk tahun 2015 kita dalam proses untuk membina 21 unit rumah di Negeri Selangor khasnya untuk Orang Asli.

Lampiran

Tiada Lampiran.