TANAH RIZAB ORANG ASLI
25) TANAH RIZAB ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan keluasan tanah rizab Orang Asli yang digazetkan pada tahun 2016? Senaraikan
Keluasan tanah rizab Orang Asli yang digazetkan pada tahun 2016 di bawah Akta 134, Seksyen 7 (Akta Orang Asli, 1954) adalah seluas 157.273 hektar seperti berikut:
Bil. Kampung Keluasan Tanah (Hektar) 1. Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kuala Langat 136.22 hektar 2. Kampung Orang Asli Pulau Banting 21.053 hektar
