Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

60) TANAH RIZAB PERKUBURAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tanah rizab perkuburan di Kg Giching tidak dapat menampung kehendak penduduk tempatan akibat penambahan penduduk yang pesat. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini?

    Berdasarkan kepada laporan keperluan tanah perkuburan negeri Selangor 2060 yang disediakan oleh JPBD Negeri Selangor, terdapat dua tapak perkuburan wilayah bersepadu (PWB) di kawasan Daerah Sepang.

    Perincian tapak adalah seperti berikut :

    Plot Lot Keluasan Lokasi
    Plot 1 5758 400 ekar Ladang Sepang (Sime Darby)
    Jalan B48
    Plot 2 3366 100 ekar Jalan FT 32 (KLIA – Nilai)
    Bersebelahan Taman Perindustrian Tanjung Balai dan KLIA

Lampiran

Tiada Lampiran.