Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

220) TANAH RIZAB YANG TERBIAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha Kerajaan menangani masalah tanah-tanah rizab yang terbiar.

    Tanah-tanah rizab adalah merupakan tanah kemudahan awam yang  diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. Tanah- tanah tersebut mempunyai pegawai pengawal. Bagi menangani masalah tanah-tanah rizab terbiar, pihak Kerajaan Negeri dengan persetujuan Pegawai Pengawal boleh mempertimbangkan tanah tersebut untuk dilupuskan secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dengan dikenakan syarat-syarat dan bayaran serta cagaran ke atas tanah selagi tanah tersebut belum dibangunkan bagi tujuan perancangan.

    Dengan itu, Kerajaan Negeri akan memperolehi kutipan hasil LPS. Selain itu, tanah tersebut juga dapat dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Selangor dan dapat dikawal.

Lampiran

Tiada Lampiran.