Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

181) TANAH RUNTUH DI JALAN AMPANG HULU LANGAT DAN JALAN SUNGAI LUI (BERHAMPIRAN SIMPANG KE KUALA KELAWANG)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan dengan kadar segera masalah ini demi keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut ?

    Pihak JKR Selangor telah selesai menjalankan kajian dan rekabentuk bagi membaikpulih lokasi tanah runtuh di Jalan Ampang – Hulu Langat. Tender projek ini akan diiklankan pada awal September 2011 dan dijangka akan bermula pada awal Oktober 2011.

    Langkah-langkah pencegahan awalan seperti menutup permukaan cerun dengan kepingan plastik dan pemasangan tanda-tanda amaran kepada pengguna jalan raya telah dilaksanakan oleh pihak JKR sementara menunggu pembaikan kekal yang akan dijalankan kelak.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.