Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

114) TANAH SIMPAN SUNGAI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri setelah pewartaan tanah simpan sungai

    1. Pewartaan Sungai adalah penting dari mengelakkan pencerobohan dan penyalahgunaan tanah secara tidak sah sepanjang rizab sungai. Di samping itu ia juga dapat memastikan tiada kekeliruan tentang isu hak milik tanah tersebut. Langkah pewartaan  diambil  menerusi dua peringkat. Peringkat pertama adalah melalui seksyen 13KTN dan peringkat yang kedua melalui seksyen 62KTN bagi melengkapkan proses pewartaan. Kerajaan Negeri komited terhadap usaha untuk memulihkan sungai kepada keadaan yang semula jadi. Oleh demikian dengan adanya rizab yang telah diwartakan  ini  pelbagai  program dapat dilaksanakan seperti pemeliharaan dan pemuliharaan sungai dan pengurusan  tebatan banjir tanpa melibatkan konflik di antara pihak kerajaan dan individu tanah yang lain. Program lain yang dirancang setelah pewartaan sungai adalah pembangunan terancang berhadapan sungai, pengekalan kawasan dataran banjir bagi memberi ruang aliran sungai yang melimpahi tebing serta pengekalan tempat teduhan sebagai ekosistem semula jadi kepada flora dan

Lampiran

Tiada Lampiran.