Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

48) TANAH T.O.L

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Syarat-syarat tanah T.O.L yang telah lama diduduki boleh dipindahmilik kepada penduduk?

    TOL adalah singkatan daripada Temporary Occupation License (TOL) atau dalam Bahasa Melayu disebut Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

    Merujuk kepada Seksyen 68 Kanun Tanah Negara, Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau TOL tidak boleh dipindahmilik atau dialihhak. Lesen ini juga akan terhenti atas sebab kematian pemegang lesen atau pembubaran badan itu yang buat masa itu berhak mendapat faedah darinya.

Lampiran

Tiada Lampiran.