Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

259) TANAH-TANAH NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pernahkah Kerajaan Negeri mengadakan semakan/audit "bank tanah" kerajaan?

    Sebagai langkah proaktif dalam mengawalselia tanah-tanah milik kerajaan, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah mewujudkan Sistem SeLIS (Selangor Land Information System) yang berfungsi untuk menyimpan maklumat inventori data tanah-tanah kerajaan bagi tujuan pengawalan dan pemantauan. Sistem tersebut telah dibangunkan pada tahun 2012 dan digunakan secara rasminya pada 28 Mac 2013. Ianya diselia oleh PTGS, manakala pihak Pentadbir Tanah Daerah adalah sebagai pembekal data. Pemantauan data tanah kerajaan dalam sistem SeLIS telah dilaksanakan secara berkala, iaitu setiap 15 haribulan (setiap bulan) secara dalam talian (online). Unit Task Force dan Penyelidikan, PTGS dengan kerjasama Pejabat Tanah Daerah (PTD) akan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas tanah-tanah kerajaan ini dan Laporan Pemantauan Tanah Kerajaan Negeri dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor ( MTES ) mulai Julai 2013 sehingga kini.

Lampiran

Tiada Lampiran.