Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

181) TANAH-TANAH YANG DIMILIKI OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan tanah-tanah kosong yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini?

    Tanah kosong yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri bermaksud tanah-tanah milik kerajaan yang dipecahkan seperti berikut:

     

    • Rizab Hutan : 238,874 hektar
    • Lain-lain rizab (contoh: kawasan lapang dan lain-lain) : 17,184.26 hektar
    • Tanah kosong : 13,408.9 hektar

Lampiran

Tiada Lampiran.