Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

152) TANAH TAPAK PERSEKOLAHAN SRJK(C)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pelaksanaan Kerajaan Negeri dalam membekalkan tanah sebagai tapak persekolahan SRJK (C) di DUN Teratai dalam tahun 2013 Ð 2014?

    Pada masa kini pihak Kementerian Pelajaran memfokuskan kepada pembinaan sekolah kebangsaan yang dapat diikuti oleh semua kaum sesuai dengan tujuan untuk perpaduan kaum. Walau bagaimana pun, Kerajaan Negeri tiada halangan dalam meluluskan permohonan bagi tujuan tapak sekolah SRJK(C) di DUN Teratai tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pelajaran. Di sekitar bandar Ampang tiada lagi tanah kerajaan bagi tujuan tapak sekolah. Tapak-tapak sekolah sedia ada adalah serahan tanah kepada kerajaan oleh pemaju-pemaju perumahan dan diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Lampiran

Tiada Lampiran.