Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

127) TANAH TAPAK SEKOLAH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pelaksanaan Kerajaan Negeri dalam membekalkan tanah sebagai tapak persekolahan SJK (C), termasuklah meminda pelan rancangan tempatan kawasan tempatan yang tidak ikut hasrat penduduk?

    Kerajaan Negeri dalam menyediakan tanah sebagai tapak persekolahan SJK(C) tertakluk kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), iaitu melaksanakan satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Walau bagaimanapun, di bawah Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996, Menteri boleh menubuhkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan dan hendaklah menyelenggarakan sekolah-sekolah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.