Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

133) TANAH TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan tanah-tanah terbiar untuk menjana industri agro?

    Kerajaan Negeri melalui PBT tiada perancangan khusus untuk membangunkan tanah-tanah terbiar bagi tujuan industri agro. Walau bagaimanapun, beberapa PBT mengambil inisiatif dengan menggalakkan program Kebun Komuniti yang dilaksanakan oleh Persatuan Penduduk di tanah lapang tadahan atau zon penampan. Program ini secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan harian penduduk dan dapat mendatangkan hasil jualan secara kecil-kecilan.

Lampiran

Tiada Lampiran.