Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

217) TANAH TERBIAR DI STADIUM SABAK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tanah terbiar di Stadium Sabak. Mohon penjelasan dari YAB: i. Apakah usaha dan perancangan bagi membangunkan tanah tersebut untuk kegiatan sukan? ii. Bilakah usaha pembangunan itu akan dimulakan?

    Tanah terbiar di Stadium Sabak Bernam telah dicadangkan untuk projek pembinaan sebuah pusat kemudahan sukan kolam renang dan lain-lain kemudahan yang berkaitan.

    Pihak MD. Sabak Bernam masih menunggu maklum balas dan kelulusan daripada kerajaan negeri berhubung dengan cadangan tersebut dan kelulusan peruntukan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.