Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

272) TANAH TERBIAR MILIK KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan tanah terbiar milik Kerajaan Negeri yang boleh diguna pakai untuk aktiviti pertanian?

    Menurut maklumat daripada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, tiada istilah tanah-tanah Kerajaan yang dikategorikan sebagai tanah terbiar di Negeri Selangor. Melalui semakan, Pejabat Tanah dan Daerah telah mengenalpasti tanah-tanah Kerajaan yang berpotensi untuk diguna pakai bagi aktiviti pertanian yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Lampiran

Tiada Lampiran.