Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

72) TANAH UNTUK PERTANIAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri akan membuka tanah untuk diteroka oleh petani-petani bagi menjana ekonomi dan memberi pekerjaan bagi para penganggur?

    60% tanah di Selangor telah diberi hak milik dan selebihnya adalah hutan simpan (30%) dan pantai. Sebarang usaha pertanian perlu dijalankan di tanah-tanah yang disewa atau diberi kebenaran oleh pemilik tanah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.