Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

200) TANAH UNTUK SEKOLAH TAMIL DI DUN BUKIT MELAWATI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Laporan dan permohonan tanah untuk 6 buah sekolah - sekolah Tamil di DUN Bukit Melawati telah pun diserahkan kepada kerajaan negeri. Adakah rundingan untuk mengambil alih tanah dengan tuan punya tanah dimulakan oleh kerajaan negeri ? Apakah perkembangan dalam perkara ini ?

    Terdapat 2 kaedah untuk pemilikan tanah bagi tujuan tapak sekolah tersebut

    iaitu :-

    • Pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
    • Pemilik tanah menyerahkan sama ada semua bahagian atau sebahagian tanahnya di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

    Rundingan sama ada hendak menggunakan kaedah pertama atau kedua di atas seharusnya dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pihak sekolah serta pemilik tanah berkenaan.

    Sekiranya kaedah pertama iaitu melalui pengambilan tanah, pihak Kementerian perlu menyediakan sejumlah wang pampasan yang mencukupi untuk kos pengambilan tanah.

    Sehingga kini, pihak Kementerian berkenaan belum mengemukakan sebarang permohonan untuk pemilikan tanah bagi tujuan tapak sekolah.

Lampiran

Tiada Lampiran.