Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

8) TANAH WAKAF DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah jumlah tanah wakaf di Negeri Selangor keseluruhannya dan berapakah yang telah dibangunkan dan terbiar?

    Jumlah keseluruhan tanah wakaf di Negeri Selangor adalah seluas 871.7739
    ekar. Tanah wakaf terbahagi kepada 2 jenis iaitu Wakaf Khas dan Wakaf Am.
    Bagi tanah Wakaf Khas kebanyakannya telah digunakan sebagai tapak-tapak
    masjid, surau, sekolah, perkuburandan rumah-rumah kebajikan.
    Manakala, tanah Wakaf Am pula telah diusahakan oleh penerima manfaat wakaf
    dalam bentuk pertanian seperti tanaman kelapa sawit, kelapa, sawah padi,
    pisang dan tanaman kontan. Selain itu juga terdapat tanah wakaf yang tidak
    boleh diusahakan disebabkan oleh kedudukan dan bentuk muka bumi tanah
    yang tidak sesuai untuk pembangunandan pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.