Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

75) TANAH YANG AKAN DISERAH BALIK KEPADA KERAJAAN SELEPAS PROJEK PEMBENTUNGAN LANGAT DISIAPKAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dimaklumkan bahawa sebahagian loji rawatan kumbahan yang digunakan sekarang akan ditutup dan tanah yang terlibat akan diserah balik kepada Kerajaan selepas Projek Pembentungan Langat disiapkan. Apakah butiran tentang tanah yang terlibat?

    Projek Pembentungan Langat yang dibina dengan keluasan tanah 7.3 Hektar adalah bertujuan untuk merasionalisasikan 164 loji rawatan kumbahan dan pam stesen sedia ada yang kecil dan tidak efisien kepada satu loji rawatan kumbahan berpusat yang dapat meningkatkan taraf kualiti air kumbahan terawat disamping mengurangkan pencemaran ke dalam aliran sungai terutama ke Sungai

    Bilangan loji pembentungan di sekitar Cheras Batu 11, Desa Baiduri, Cheras Jaya, Kajang 1 dan Kajang 3 termasuk Penjara Kajang adalah sebanyak 142. Pecahan bilangan tersebut adalah seperti jadual di bawah :

     

     

    Bil.

    Bil. Loji Tanah Kerajaan Tanah Milik  

    Jumlah

    Tanah Rizab
    Individu/

    Syarikat

    PBT PTP Agensi

    Kerajaan

    PTP SUK
    1 142 2 9 0 2 0 11 129 0
      142 2 9 0 2 0 11 129 0

     

    Nota ;

    PBT : Pihak Berkuasa Tempatan

    PTP : Pesuruhjaya Tanah Persekutuan SUK : Setiausaha Kerajaan Negeri

    Bagi tujuan proses penyerahan semula kepada Kerajaan Negeri, perkara ini perlulah dirujuk kepada pemilik tanah bagi tanah milik dan Pengawai Pengawal bagi tanah yang telah dirizabkan melalui Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 sebelum sebarang keputusan dibuat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.