Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

187) TANAH YANG DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tanah bagi tujuan pembinaan sekolah, hospital dll telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan tersebut?

    Untuk tanah-tanah yang telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) maka hak PTP sebagai pemilik tanah adalah tertakluk dalam peruntukkan Seksyen 44, Kanun Tanah Negara, yang antaranya hak untuk penyenggaraan dan pemeliharaannya. Bagi tanah yang diwartakan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mengawal dan menguruskan tanah tersebut seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 85(4). Walau bagaimanapun, bagi tanah-tanah yang telah diperuntukkan namun belum diberimilik atau diwartakan, tanah tersebut masih menjadi tanah kerajaan dan tanggungjawab tersebut adalah di bawah Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.