TANAH

225) TANAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan kebenaran untuk pemilikan tanah lot lidi yang menjadi trend masa kini dari segi undang-undang pemilikan dan penjualan tanah lot di sekitar kawasan kampung?

    Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) serta setiap Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Negeri Selangor tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran untuk pemilikan tanah lot lidi. Ini kerana hak pemilikan adalah hanya pada pemilik lot asal sahaja dan pembeli lot-lot kecil tersebut yang lebih dikenali dengan lot lidi ini tidak mempunyai sebarang hak pemilikan yang asli dan nama mereka tidak diadaftarkan pada mana-mana dokumen hakmilik daftaran tanah.

     

    PTGS dan setiap PDT sentiasa menasihati orang awam yang ingin melakukan sebarang urusan pembelian lot-lot kecil ini untuk berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan pemilik lot asal tanah.

     

    Di antara risiko-risiko pembelian tanah lot lidi ini adalah :

     

    1. Nama tiada dalam hak milik tanah berdaftar;
    2. Kesalahan langgar syarat tanah;
    • Sukar untuk menjalankan urusan jual beli;
    1. Kesukaran kepada pembeli lot kecil sekiranya Pemegang Amanah meninggal dunia;
    2. Tiada pampasan sekiranya ada pengambilan tanah berlaku; dan
    3. Tanah tidak boleh diwariskan jika berlaku kematian.

     

    Walaubagaimanapun, PTGS dan PDT sentiasa terbuka dan akan menerima permohonan untuk sebarang urusan pecah sempadan/pecah bahagian tanah.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.