Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

183) TANAMAN KOKO

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di manakah zon tanaman koko di Negeri Selangor?

    Pada amnya kawasan-kawasan di pesisir pantai dan kawasan utara Selangor (khususnya Sabak Bernam) adalah marginal bagi tanaman Disebabkan oleh harga koko yang tidak menentu pada 1990an, permintaan untuk tanaman koko di negeri Selangor tidak menggalakkan dan kebanyakan kawasan tanaman koko diusahakan dengan tanaman kelapa sawit. Pada masa ini kawasan koko di negeri Selangor seluas 94 ha dan tumpuan utama ialah di Kg Kerayong 2, Klang dengan keluasan 20 hektar, Telok Panglima Garang (7 hektar), Kuala Selangor (5 hektar) dan Sabak Bernam (62 hektar) yang diusahakan secara kecil-kecilan di Bagan Terap, Kg Tebuk Mufrad, kg Tebuk Berihun, Kg Sekendi, Kg Bagan Tunjang, Kg Tengah, Kg Bagan Nakhoda Omar dan Kg. Batu 37 Darat, Kg. Batu 38, 39 dan 40.

Lampiran

Tiada Lampiran.