Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

112) TANAMAN POKOK

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan kemerosotan kualiti udara di Selangor, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggesa PBT menanam lebih banyak pokok dan mengenakan syarat yang lebih ketat seperti meningkatkan penanaman pokok bagi setiap kebenaran merancang yang diberikan untuk pembangunan?

    1. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan semua PBT untuk menanam lebih banyak pokok erutama pokok-pokok teduhan. Bagi tahun 2009 Kerajaan Negeri telah mensasarkan sebanyak 800,000 untuk ditanam di Negeri Selangor. Penanaman pokok oleh pemaju sangat digalakkan oleh PBT. Dalam setiap Kebenaran Merancang yang diluluskan oleh Majlis, pemaju akan disyaratkan untuk menanam sejumlah pokok tertentu dan setiap pemaju perlu mengemukakan pelan landskap untuk diluluskan oleh Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.