Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

105) TANDA DIRAIKAN KEPERCAYAAN AGAMA

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peraturan yang telah diwujudkan bagi membolehkan penganut agama Buddha merasakan yang mereka diraikan seperti meletakkan tokong mini di tepi jalan, di simpang, di tepi sungai, dan di kawasan lapang yang tidak terpakai?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam telah mewujudkan satu Garis Panduan Tatacara Penguatkuasaan ke Atas Rumah Ibadat Selain Islam dan Tempat Penyembahan Yang Dibina Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor bagi menangani isu berkaitan rumah ibadat selain Islam yang dibina tanpa kebenaran termasuklah yang dibina di atas tanah rizab kerajaan seperti kawasan lapang, zon penampan sungai, rizab jalan dan sebagainya. Garis panduan ini memberikan panduan kepada pihak berkuasa mengenai tindakan penguatkuasaan bagi membendung isu pembinaan struktur rumah ibadat selain Islam tanpa kebenaran berdasarkan Akta dan undang-undang yang sedia ada seperti Kanun Tanah Negara 1965, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) dan Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) sebagai punca kuasa bagi sebarang tindakan penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan. Garis panduan ini digunapakai oleh penguatkuasa di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah & Tanah (PDT) dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan ke atas struktur binaan rumah ibadat selain Islam tanpa kebenaran dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

    Sebagai tambahan, Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam pada ketika ini juga dalam tindakan memperkasa dan menambahbaik prosedur tindakan penguatkuasaan terhadap struktur tempat sembahan berskala kecil / shrine bagi mengawal isu pembinaan struktur tanpa kebenaran yang mengganggu keselamatan dan keharmonian masyarakat umum.

Lampiran

Tiada Lampiran.