Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

152) TANGGUNGJAWAB KETUA KAMPUNG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tanggungjawab utama seorang Ketua Kampung apabila Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan nampaknya bertanggungjawab lebih kurang yang sama tetapi adalah lebih berkuasa dari segi pentadbiran.

    Ketua Kampung adalah seorang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi memimpin dan mengetuai sesuatu kampung di Negeri Selangor. Pelantikan yang dibuat mengikut Pekeliling Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (Pekeliling Selangor Bil. 2 Tahun 1991).

    Ketua Kampung bertanggungjawab di atas kemajuan dan keselamatan kampungnya di samping mematuhi syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut:

     

    1. Bertanggungjawab menyampaikan kepada penduduk kampung segala dasar-dasar Kerajaan dan menasihati mereka supaya mematuhi dan taat setia kepada Kerajaan yang memerintah di samping memberikan unjuran, galakan dan tegahan seperti berusaha ke arah kemajuan dan pembangunan diri, keluarga dan kampung, mengamalkan suruhan agama dan berpegang kepada adat resam bangsa yang bersesuaian dengan kehendak masa, menggalakkan orang-orang kampung membayar apa- apa hasil kepada kerajaan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, memberikan bantuan yang munasabah kepada kakitangan Kerajaan yang menjalankan tugas di dalam kampung, menggalakkan pembentukan semangat perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain dan mencegah dan menjauhkan diri dari perbuatan

     

    1. Hendaklah berunding dengan Penghulu Mukim terlebih dahulu bagi semua perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kemajuan dan keselamatan kampung sebelum disampaikan kepada

     

    • Bahawa perkhidmatan sebagai Ketua Kampung adalah dikawal oleh peraturan-peraturan dan tatatertib yang ditetapkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.

     

    Kesimpulan yang boleh dibuat hasil daripada pemerhatian Kerajaan Negeri di peringkat dasar, kewujudan Ketua Kampung masih relevan dan bermakna pada masa ini kerana mereka lebih dekat dengan masyarakat kampung serta lebih memahami permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung berbanding Ahli Majlis yang hanya bertanggungjawab di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari segi pentadbiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.