Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

120) TAPAK CUCI KERETA DI TEPI JALAN BUNGA RAYA, TAMAN KENCANA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status tanah yang sekarang digunakan sebagai tapak cuci kereta di tepi Jalan Bunga Raya, Taman Kencana (tepi sungai)?

    Hasil semakan di MPAJ, Status tanah tersebut adalah merupakan tanah kerajaan,rizab
    Jabatan.Pengairan dan Saliran, Daerah Hulu Langat yang dipohon/digunakan oleh Dilah
    Motor Sdn Bhd yang mempunyai lesen perniagaan sebagai pusat servis kenderaan dari
    MPAJ (MPAJ 01-06/2/6-15148) sejak tahun 2006 hingga 31/12/2010. Tanah mempunyai
    Lesen Menduduki Sementara bagi tapak bengkel yang dikeluarkan pada 21 Julai 2004
    di atas nama Dilah Motor Sdn Bhd oleh Pentadbiran Tanah Daerah Hulu Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.