Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

77) TAPAK GANTI KAWASAN LAPANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan permohonan pembatalan sebahagian tanah rizab kawasan lapang seluas 0.46 ekar di Jalan PJS 7/13 dan pengesyoran tapak gantian kawasan lapang di sebahagian tanah kerajaan di atas Lot 64681, PJS 9, Bandar Sunway, Subang Jaya yang dikemukakan oleh MPSJ?

    Tapak kawasan lapang seluas 8442 meter persegi di Lot 38163 Mukim Damansara Daerah Petaling telah diwartakan sebagai kawasan lapang melalui No.Warta Kerajaan 2173 bertarikh 02 Julai 2009.

    Permohonan pembatalan warta bagi kawasan lapang ini telah diterima. Pejabat Daerah dan Tanah Petaling telah mengemukakan kertas ringkasan pada 20.08.2018 untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.