Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

40) TAPAK GANTIAN UNTUK TAPAK SEKOLAH

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengikut undang-undang, tapak gantian haruslah diberikan untuk tapak sekolah atau tapak pendidikan yang digunakan untuk tujuan lain. Apakah tindakan Kerajaan Selangor akan ambil jika ini tidak berlaku?

    Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan penyediaan tanah untuk tujuan tapak sekolah dalam kelulusan pembangunan berdasarkan pemakaian Manual Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor. Sekiranya tanah yang telah diperuntukkan sebagai tapak sekolah hendak digunakan untuk tujuan selain daripada pembinaan sekolah, maka tapak ganti perlu disediakan dan tapak ganti tesebut perlu mendapat sokongan daripada jabatan teknikal.

     

    Sebagai penambahbaikan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil. 25/2015 yang telah diadakan pada 5 Ogos 2015 dan disahkan oleh MMKN ke 26/2015 pada 12 Ogos 2015, hanya meluluskan pemberimilikan tanah kepada PTP bagi tujuan tapak sekolah setelah peruntukan membina sekolah telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Sementara itu tanah yang diperuntukkan untuk tujuan tapak sekolah hendaklah diwartakan di bawah Seksyen 62 KTN dengan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Pengawal dan diurustadbir oleh PBT yang berkenaan sehingga perancangan dan peruntukan sekolah disediakan. Hal ini juga dapat mengelakkan kejadian pencerobohan tanah tapak sekolah dapat dikawal dengan baik.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.