Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

169) KAD KISS DAN PEDULI SIHAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mahu membuat pemutihan dan pendaftaran semula kad Kiss dan peduli sihat dengan terma dan syarat baru Kerajaan Negeri?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum bercadang untuk membuat pemutihan dan membuka permohonan pendaftaran semula Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Skim Peduli Sihat  memandangkan kita baru sahaja menjalankan proses pemutihan pada bulan Jun 2019 yang lalu. Namun begitu, bagi mana-mana DUN yang masih mempunyai kuota ataupun yang akan menerima kuota tambahan KISS selepas cadangan penambahan kuota diluluskan, maka pemohon di DUN-DUN berkenaan yang memenuhi syarat kelayakan masih boleh membuat permohonan untuk dipertimbangkan sebagai penerima KISS pada tahun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.