Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

68) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DAERAH HULU LANGAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap bantahan penduduk yang tidak membenarkan tapak pelupusan sampah di Sungai Lalang Semenyih?

    Kerajaan Negeri masih dalam proses untuk mengkaji pilihan-pilihan terbaik dalam menangani masalah tapak pelupusan sampah di Semenyih. Tapak pelupusan sampah sedia ada pada masa ini adalah di Tapak Pelupusan Sanitari Tanjong 12. Namun begitu, tapak ini terlalu jauh dan menyebabkan peningkatan kos kepada syarikat pengurusan sampah di kawasan Hulu Langat. Pihak MPKj telah menandatangani perjanjian konsesi bersama Syarikat Recycle Energy Sdn. Bhd. (RESB) pada tahun 2004. Namun begitu, sehingga kini syarikat tersebut masih gagal untuk membuktikan keberhasilan teknologi yang digunapakai dan sumbangannya dalam menangani isu sampah di Hulu Langat

    Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses membuat tinjauan tapak pelupusan sampah di Sungai Lalang. Namun begitu, Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa pemilihan dan pembinaan tapak pelupusan ini akan melalui proses-proses yang ketat yang melibatkan ulasan dan kebenaran dari pelbagai jabatan antaranya Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri sedang mengkaji pilihan untuk membangunkan sebuah stesen pemindahan (transfer station). Objektif utama stesen pemindahan ini adalah untuk mengurangkan kos penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan dan bagi mengatasi masalah jadual kitaran kutipan pihak kontraktor MPKj yang terjejas akibat durasi perjalanan yang jauh.

Lampiran

Tiada Lampiran.