Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

131) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan tindakan kepada pemilik tanah tapak pelupusan sampah haram?

     a, b), dan c) dijawab bersekali;

     

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan amaran, kompaun dan Notis berdasarkan undang-undang berikut:

     

    • mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 82 Borang B, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) kepada pemilik tanah supaya kacau ganggu dihapuskan;

     

    • mengeluarkan Notis Kerja Tanah di bawah Seksyen 70A, Akta Jalan Parit Dan Bangunan (Akta 133); dan

     

    • mengeluarkan Notis di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta

    172) kepada pemilik tanah supaya memulihkan tanah kepada keadaan asal.

     

    Selain tindakan penguatkuasaan oleh PBT, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) dan Pentadbir Tanah turut mengambil tindakan ke atas pemilik tanah tapak pelupusan sampah haram dengan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik agar memulihkan pelanggaran syarat tanah tersebut. Seterusnya, Notis 7B akan dikemukakan bagi mendapatkan pengesahan terhadap pemulihan yang telah dibuat. Sekiranya selepas tempoh yang diberikan pemulihan tanah tidak

     

    dilaksanakan serta Pemilik Tanah Berdaftar masih ingkar dan berdegil, tindakan perampasan tanah oleh Pihak Berkuasa akan dilakukan di bawah Notis 8A, Seksyen 130 Kanun Tanah Negara 1965.

Lampiran

Tiada Lampiran.