Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

82) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan tapak pelupusan sisa pepejal yang masih beroperasi dan tidak beroperasi di Selangor mengikut daerah.

    Kerajaan Negeri mempunyai sebanyak tiga (3) buah tapak pelupusan sisa pepejal yang diuruskan oleh syarikat Worldwide Holdings Berhad (WHB), selaku anak syarikat Kerajaan Negeri dalam pengurusan pelupusan sisa pepejal iaitu:-

    • Tapak Pelupusan Sanitari Jeram;
    • Tapak Pelupusan Sanitari Tanjung Duabelas; dan
    • Tapak Pelupusan Panchang Bedena, Sabak Bernam

    Manakala tapak pelupusan sisa pepejal yang telah ditutup dengan selamat ada empat (4) buah tapak iaitu:-

    • Tapak Pelupusan Kubang Badak, Mukim Bestari Jaya;
    • Tapak Pelupusan Sg. Kembong, Mukim Beranang;
    • Tapak Pelupusan Ampar Tenang, Daerah Dengkil; dan
    • Tapak Pelupusan Sungai Kertas, Daerah Gombak

    Selain itu, Tapak Pelupusan Bukit Beruntung milik Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) juga telah ditutup sepenuhnya dan sisa pepejal domestik dari kawasan MDHS dilupuskan di Tapak Pelupusan Sanitari, Bukit Tagar milik KUB-Berjaya Enviro Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.