Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

225) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SG. SEDU, KUALA LANGAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sanitary Landfill Tanjung Dua Belas telah dibuka dan digunakan bagi menggantikan tapak pelupusan sisa pepejal Sg. Sedu, Kuala Langat. Akan tetapi, tapak pelupusan di Sg.Sedu ini yang tidak digunakan lagi, tidak diuruskan dengan baik misalnya sampah tidak ditutup dan sebagainya. Oleh sebab itu, tapak tersebut masih mengeluarkan bau busuk dan terus menjejas kehidupan penduduk berhampiran. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

    1. Tapak pelupusan terbuka di Sungai Sedu adalah di bawah seliaan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan dibantu oleh Alam Flora Sdn Bhd. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tapak ini dioperasikan di atas tanah milik persendirian yang

    Sehubungan itu, sehingga kini Kerajaan Negeri tidak  mengambil  sebarang  langkah untuk menutup selamat tapak pelupusan terbuka ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada pihak MDKL agar menulis surat kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, KPKT dan memohon peruntukan untuk menutup selamat tapak pelupusan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.