Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

133) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal yang ada di Selangor.

    Berikut merupakan maklumat jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal yang beroperasi di Selangor pada masa ini, iaitu:

    1. Tapak Pelupusan Sanitari Jeram (TPS), Kuala Selangor
      • Berdasarkan unjuran awal, jangka hayat TPS Jeram adalah 16 tahun dengan penerimaan sebanyak 1,250 tan sehari dan dijangka mencapai kapasiti maksima pada tahun 2023. Walau bagaimanapun, dengan peningkatan penerimaan purata sisa pepejal sebanyak 2,500 tan sehari, TPS Jeram dijangka akan ditutup lebih awal iaitu pada Disember 2016.
      • Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang dalam proses pengambilan tanah yang terletak bersebelahan dengan tapak pelupusan sedia ada seluas 130.55 ekar sebagai langkah untuk mengatasi masalah penutupan awal TPS ini. Sekiranya proses pengambilan tanah ini selesai, jangka hayat TPS Jeram dijangka dapat bertahan sehingga tahun 2026.
    2. Tapak Pelupusan Sanitari Tanjong Duabelas, Kuala Langat
      • Jangka hayat adalah sehingga tahun 2031 dengan penerimaan sisa pepejal sebanyak 1,500 tan sehari.
    3. Tapak Pelupusan Panchang Badena, Sabak Bernam
      • Jangka hayat adalah sehingga tahun 2026 dengan penerimaan sisa pepejal sebanyak 60 tan sehari.
    4. Tapak Pelupusan Terbuka Sungai Sabai, Hulu Selangor
      • Jangka hayat adalah sehingga tahun 2032 dengan penerimaan sisa pepejal sebanyak 400 tan sehari.

Lampiran

Tiada Lampiran.