Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

90) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kawalan tapak perlupusan sampah haram di Jalan Hulu Langat-Ampang dan berapa jumlah tapak perlupusan haram yang telah dikenal pasti?

    MPKj akan melaksanakan tindakan seperti berikut :

    • Membuat pembersihan sampah haram di kawasan pembuangan tapak sampah haram di bawah pentadbiran MPKj secara in –
    • Meletakkan papan tanda DILARANG MEMBUANG SAMPAH di lokasi tapak pembuangan sampah
    • Aktiviti intipan sampah haram akan diadakan bagi mengenalpasti lori dan individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan oleh MPKj dan akan dikenakan kompaun beserta tindakan sitaan lori di bawah UUK 4 & UUK 13(1) – Undang-undang Kecil – Pembuangan, Pemungutan, dan Pelupusan Sampah Sarap Majlis Perbandaran Kajang 2007.

    Majlis Perbandaran Kajang telah mengenalpasti sebuah tapak pembuangan sampah haram di lokasi tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.